Sunday, February 1, 2015

Novel Izinkan CintaMu Yang Pertama 6


Bab 6

Dan tertakdir menjalani,

Segala kehendak-MU yang Rabbi,

Kuberserah, kuberpasrah, hanya pada-Mu ya Rabbi.. (Takdir, OPIK @ MELLY GOESLOW)

~Nur Syahadah~

Usai mengemas katil, aku mengemas mejaku pula. Meja comelku ini sangat bermakna buatku untuk menanda buku-buku anak didikku. Disini jualah tempatku bersantai, mengelamun sambil mengadap ‘laptop’ yang memang sengaja aku biar terletak di tengah meja. Aku tidak jadi meletakkan sebuah buku ke rak asal iaitu sebuah buku yang bertajuk ‘Mencari Tuhan Yang Hilang’, karya dari Pengarang Indonesia, Ustaz Yusof Mansur), kerana buku itu mengingatkanku dengan surat seseorang. Aku buka halaman buku, surat yang aku peram beberapa hari yang lalu masih terselit elok dicelahan buku ini. Baru pagi ini aku akan baca setelah aku peram lama surat itu, mengawetnya. Huhu, maaf Encik Calon Suami, bukan aku tak sudi nak buka tetapi aku terlupa.

Aktiviti mengemas terpaksa aku tangguh, aku sembamkan punggungku ke dada katil. Aku buka sampul surat tadi, mengeluarkan isi surat itu.

Assalamualaikum Warahmatullah (Selamat Sejahtera Keatas kamu (Semua), Dan Rahmat ALLAH Keatasmu)…(Wajib jawab kalau tak jawab dosa, kalau jawab sayang, hehehe no choice.. : p )

“Waalaikumussalam Warahmatullahhi Wabarakaatuh (Segala Sejahtera Keatasmu, Dan Rahmat ALLAH Keatasmu serta Barakah ALLAH Jua Atasmu)..” wajahku berkerut sana-sini. Perasan habis calon menantu abi ni. Eh, kenapa pula hatiku berbunga-bunga ni?. Aku geleng-gelengkan kepala, mahu menolak sebarang rasa dihati. Dia bukan mahram, bukan mahram kau. Jauhi zina hati, jangan nak lebih-lebih Nur!. tegur hatiku.

Mataku beralih ke perenggan ke-dua.

Bunga mawar kembang setaman,

Hiasan sanggul buat si dia,

Ku pinang mawar buat suntingan,

Dengan bismillah pembuka restu-NYA.

Maaf andai kehadiran surat ini sekadar mengganggu Nur. Harap tak menganggulah ye. kalau mengganggu hati Nur, ha yang itu teramatlah saya galakkan dan alu-alukan. Hehehe..


Uhuk,, huk,, Aku terasa macam nak tersedar airliurlah pula. Meremang bulu romaku, geli-geleman. Eiii, ulat bulu betoilah dia ni, rungutku. Terasa darah menyerbu ke mukaku. Apalagi, malulah jawabnya.

Tuk. Tuk.. apa khabar hati?. Sihat?. Kalau tak sihat saya ada ubatnya. Nak tahu ubatnya apa. Cuba teka?. Betul, ubatnya ialah KAHWIN. Hehehe,, tak perlulah hati tu sakit, hari-hari kena siram dengan air bahagia, bunga kat taman hati pun boleh tumbuh subur, kan.. ~~ senyum ye hee ~~


Zupps, sungguh terasa seperti ada sesuatu yang melekap ke hidungku. Hati aku pula?. Hurm, jujur!. Aku tahu hatiku agak terusik dengan senda-guraunya yang bersahaja. Maaf Encik Calon Suami, aku masih terluka. Luka hatiku masih belum sembuh. Aku baru sahaja kehilangan Akhi Amir, mestilah lukaku masih berdarah. Mmmmmm..

Sayap burung nampak lukanya, hatiku yang kecil molek ni, tersembunyi parutnya. Mataku mengapung cecair jernih, aku sambung bacaan seterusnya.

Saya hamba-NYA yang tidak sempurna. Rupa kurang, harta pun kurang. Tiada apa yang dapat saya beri melainkan…kejujuran. Jujur, berkongsi kasih. Jujur, berkongsi bahagia. Jujur, mengemudi bahtera rumahtangga. 

 
Aku mengalirkan airmata?. Sungguhku tidak menduga, si dia mampu mencairkan hatiku. Dia datang menawar ubat, cuba menyembuhkan luka hatiku yang berdarah. Aku takut mengharap lebih, mengharap kepada manusia kecewa akan aku pegang, mengharap kepada-NYA, bahagia yang DIA tatang.

Cik Nur Syahadah, ingat lagi tak?. Ala, kejadian yang berlaku antara kita sewaktu kali pertama saya bertandang ke pondok abi awak ni?.


Dush, terasa mukaku disimbah dengan air batu!. Dia sengaja mengajakku mengingati semula kesilapan yang pernah aku buat terhadapnya.

Errr, aku.. tak sengaja pun nak..

“Aduh, aduh. Sakit cik. Tolong.. Jangan pukul saya, dengarlah dulu saya nak terangkan perkara yang sebenar ni. Saya bukan orang jahat, ayah awak yang..”

Aku tetap melibas orang asing ini. Tidak mahu mendengar bicaranya yang aku rasakan hanya tipu-helah untuk melepaskan diri.

“Ayah?, Ha kat mana awak sorok abi saya hah?. Oooo,, awak nak culik dia, nak rampas tempat ni ye. Jangan harap awak boleh lepas, langkah mayat saya dulu. Cepat cakap, kat mana awak sorokkan abi saya!” Aku memukulnya dengan penyapu, tanpa henti. Aku biarkan hayunan demi hayunan terus melekap ke tubuh badan lelaki asing itu. Sebenarnya, aku takut juga kalau-kalau aku pula yang diapa-apakan. yang menyeramkanku, hanya aku dan dia sahaja dalam bilik abi ni. Huh, bahaya!.

“Sabar cik, dengarlah dulu. Cik dah salah faham ni..”

Aku tajamkan mataku. “Saya dah faham sangat dengan taktik awak ni. Penjenayah macam awak ni pandai reka-cerita, konon salah-fahamlah, lepas ni awak akan buat-buat cerita yang awak tolong abi saya kat tengah jalan tadilah. Lepas tu, awak akan cakap yang awak dianiaya orang, ada orang kejar awak sebab tulah awak menumpang kat sini kan. Ala, semua tu lakonan aje. Awak nak tarik simpati orang, awak akan reka pelbagai cerita kan. Dah, saya tak ada masa nak dengar cerita dongeng awak tu. Cepat, cakap. Mana abi saya!” aku menggugutnya, sambil menghayunkan penyapu tadi ke atas, siap-sedia mahu memukulnya lagi.

“Saya tak buat apa-apalah. Saya datang sini dengan kawan saya..”

“Ooo,, kawan. Mana kawan yang bersubahat dengan awak tu?” suaraku agak kasar.

“Dia ikut ayah awak tadi..”

Aku pukulnya, geram. “Suruh kawan awak bawa abi saya ke sini. Cepat!” gertakku.

Yusof garu kepala. “Siapa abi tu. Abang awak ke?”

“Ish. Abi tu ayah lah. Kat mana abi saya hah?”

Yusog tergelak dengan kebodohan sendiri, tidak mengerti maksud perkataan abi itu. Kali pertama dalam hidupnya mendengar perkataan ‘abi’, terasa sangat kekok dan janggal.

Aku makin geram dengan tawanya, kuhayun pukulanku sekuat hati. Dia meronta-ronta minta aku berhenti memukulnya dengan batang penyapu.

“Okay, okay saya terus-terang..” tawa Yusof terhenti.

Aku tergamam sebab lelak tadi merampas penyapu dari tanganku. Dadaku berdebar-debar, takut kalau lelaki itu buat perkara yang tidak senonoh terhadapku.

“Ayah..awak..ayah..err. dia keluar sekejap dengan kawan saya. Dia keluar ke tandas, kawan saya ikut sekali. Dia suruh saya tunggu kat sini, jadi saya tunggulah. Tapi tiba-tiba awak datang..”

Aku berdiri kaku, bergerak ke belakang. Si dia pula bersandar ke tepi dinding, melepaskan lelah. Penat agaknya bergelut dengan kekasaranku tadi. Alamak, aku salah-faham, ish buat malu aje!.

Yusof menggosok-gosokkan seluruh tubuh badannya yang kesakitan. “Saya tak ada niat jahat pun..” rungutnya, mengeluh sakit.

Aku malu, teramat malu. “Awak ni siapa?” ajuku cuak.

“Saya pelajar baru kat pondok ni.. Kalau saya tahulah saya bakal terserempak dengan naga, saya tak berani duduk dalam bilik ni. Free-free aje kena belasah..”

Selamba sahaja lelaki itu menyindirku. Aduhai, kurasakan bagai ada batu menghempap kepalaku!.

“Err.. maaf.. ssaaya..saayya..”

“Muka saya ni memang muka penyangak ye..”

Aku tertunduk malu.

Yusof amati raut wajah si gadis dengan senyuman. Sekejap sahaja dia senyum, tetapi segera mengetat wajahnya semula. Tanpa sebarang senyuman. Tidak mahu menunjuk hatinya yang sedang cair tatkala memandang raut wajah gadis yang berdiri dihadapannya. Mata si gadis bersinar-sinar, warna hitam pekat. Bibirnya pula merah jambu. Bentuk wajah si gadis bujur sirih, ada lekuk didagu si gadis.

“Tak,, saya salah faham.. ssaayya..ingat.. ssaya..” aku tergagap-gagap.

“Ya ALLAH, apa yang dah jadi ni?”

Kehadiran abi dan seorang lelaki yang tidak aku kenali menyentap hatiku. Aku tidak jadi menerus bicara, aku pandang ke arah muka pintu mengerling dia yang aku belasah tadi. Rasa bersalah sangat menebal.

“Kenapa ni, Yusof?”

Aku dan si dia berpandangan. Aku gigit bibir, menahan malu diatas keterlanjuran diri.

“Nur..errr….Nur tak sengaja pukul dia…”

Abi geleng kepalanya kepadaku. “Maaf ye Yusof..”

Yusof senyum, matanya melirik Nur Syahadah yang tersipu-sipu malu. “Tak apa, salah faham aje ni..”

“Nur bawa bekal untuk abi. Maaf…” Aku kerling abi dan dia. Tanpa buang masa lagi, aku keluar dengan langkah yang pantas, berlari macam tak cukup tanah.

Darah menyerbu ke mukaku lagi. Ish, malunya diriku mengenang kejadian lalu!. Anak mataku menatap perenggan yang berikutnya.

Ha, mesti awak dah flashback kan?. Kan?. Hehehe… kalau awak nak tahu kan, inilah kali pertama saya bertemu dengan seorang gadis yang berani macam awak. Selama ni saya tak pernah kena pukul dengan perempuan tau, awak dah pecahkan rekod tu. Apa-apa pun, saya nak berterima kasih dengan awak sebab sudi pukul saya. Kalau awak tak pukul saya dulu, saya tak dapat kenal awak. Hati saya pun tak akan tertaut. Semua yang terjadi ada hikmah-NYA, kita sebagai hamba aje yang tak tahu.


Glup, debaran dadaku berkocakan hebat.

Dulu saya tak berani hantar surat, kali ni saya beranikan diri kirim surat ni. Nak tegur depan-depan, takut awak belasah saya dengan penyapu lagi. Hee, gurau aje, jangan marah ye cik Ustazah. Nur Syahadah insan yang mahal, yang disimpan dalam istana kaza. Saya sangat hormati awak.

Insya’ALLAH, (Jika ALLAH Menghendaki), izinkan saya jadi penghibur awak dalam istana kaca yang awak bina. Saya akan jaga supaya tak pecah. Dengan izin ALLAH juga, saya tunggu saat-saat kita halal bersama. Saya akan buktikan CINTA HALAL saya kepada awak.


Dalam kesayuan, aku mampu sengih lagi. Si dia bijak bermain kata. Harap-harap, janganlah hanya omongan kosong, janganlah kau jadi pencinta wanita tegar, yang mencintai ribuan gadis. Huh!.

Aku lipat surat tadi dengan kemas, sayang pula mahu buang. Aku sorok ke dalam laci. Aku simpan ditempat yang tidak akan rosakkan kepingan surat tadi.

Aku termenung, sayu. “Encik Calon Suami, maafkan aku. Kau bukan yang pertama, bukan juga yang kedua tetapi aku harap kau akan jadi yang terakhir…” bisikku sendirian. Sayunya hati mengenang ketulusannya yang ingin memenangi hatiku.

Apa yang aku buat untuknya?. Tak ada. Aku hanya pandai tunggu dan lihat. Tunggu sampai hati aku sembuh. Hurm, kenapa hatiku hanya mampu terusik tetapi tidak mampu menyintai?. Aku lepaskan keluhan. Simpati dengan Muhammad Yusof yang beria-ria mendekatiku, sedangkan aku pula menjauhkan diri.

Langkahku terhenti saatku dengar suara riuh manusia di luar bilik. Niatku yang mahu keluar membantu umi di dapur, terpkasa dilupakan. Aku tekupkan mukaku ke pintu. Tubuh badanku menyenget ke sebelah kanan. Aku tidak jadi buka pintu, rumahku didatangi dua orang insan. Siapa lagi kalau bukan kak Su dan abang Haikal. Aku tidak mengajar kalau hari minggu, sabtu dan ahad memang hari berehat untukku. Hari minggu inilah juga hari yang paling seksa, terpaksalah kuhadapi situasi begini. Aku duduk bersimpul diatas lantai, menyandar belakang tubuhku ke muka pintu.

Krorr..kroo.rrrr..koorr……..

Aduh, perutku meragam!. Lapar.

Aku tidak boleh keluar, kak Su dan abang Haikal masih berada di luar. Tadi aku kerling jam telefon bimbitku, sudah pukul 8 pagi. Kalau nak dikira balik, sudah setengah jam aku terperuk di dalam bilik. Keras betul hatiku sampai tak mampu nak berhadapan dengan mereka. Nasiblah kau Nur, duduklah kat dalam ni sampai perut kau kejang ye, nada suara hatiku sayu.

Sepatutnya pagi-pagi begini, aku dan Iman sudah menyingsing lengan, membantu apa yang patut di dapur. Umi, Iman dan aku memang akan bersarapan awal, paling lewat pun pukul 8.00 pagi. Sebelum abi kami keluar rumah, umi akan pastikan suaminya bersarapan pagi. Umiku memang contoh isteri mithali ‘limited edition’. Contoh terbaik buat para isteri di luar sana termasuk aku yang bakal bergelar isteri orang.

Aku tekapkan tanganku ke perut. Kantung laparku mengigit-gigit, aduhai!.

“Nak keluar ke tak nak ni?” aku merungut keletihan. Letih melayan ragam perutku.

Keningku sudah berkerut menahan kelaparan. Peluh memerik serata wajahku. Telingaku masih bercantum dengan mulut pintu. Aku hanya mendengar perbualan mesra mereka dengan rasa yang pilu. Bilalah mereka nak balik ni?, hatiku tertanya sendirian.

“Rajin betul mak Timah kamu buat kuih seri muka ye..”

Perbualan mereka sangat jelas dipendengaranku memandangkan kedudukan mereka hampir dengan bilikku. Mungkin mereka sedang duduk di meja makan yang terletak ditengah-tengah ruang tamu, kira-kira beberapa inci sahaja dari bilikku.

“Airtangan ibu kamu ni Qal memang sedap..”

Aku telan airliur, membayangkan keenakan kuih seri muka yang sangat kugemari. Muncungku sedepa, terkilan tidak dapat merasa.

“Mmm..mm sedapnya..”

Aku dengar suara Iman pula yang menyampuk. Telan airliur sahajalah jawabnya. Kedua-dua kakiku agak kebah, lantas kududuk arah lain pula. Perutku masih meragam lagi. Selagi tidak dapat makanan, memang berbunyi sahajalah kerjanya.

“Abi jemput makan..”

Aku terkedu. Suara kak Su kedengaran sayu. Aku amati lagi, tiada langsung suara abi yang membalas ajakan kak Su tadi. Semenjak peristiwa dulu, abi hanya rapat dengan aku dan Iman. dengan kak Su, abi layan juga tetapi layanan abi tak sama macam melayan kami. Kasihan pula mengenangkan kak Su yang terpaksa sabar melayan karenah abi dan aku.

Hurm, wahai Nur kenapa kau keras sangat!. Tolonglah buang ego kau tu,
perliku kepada hatiku sendiri.

Hatiku sebak, lantasku bangun. Menyembankan diri ke dada katil. Aku tidak sanggup lagi mendengar perbualan mereka. Rasa bersalahku akan menebal. Biarpun hatiku keras, namun sikap kasihanku memang tidak boleh dihakis.

“Sampai bila Nur, sampai bila kau nak jauhkan diri?” aku berperang dengan suara hatiku.

Kepalaku berlabuh ke bantal semula. Aku baring mengiring ke sisi, tangan kananku memaut kepala. Tangan kiriku pula mengusap airmataku.

“Kau dengan abi sama aje Nur. Keras kepala. Ke mana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan..” bicaraku sendirian.

“Nur, janganlah keras kepala sangat..” pujuk kak Su kepadaku

Bayang semalam menjengahku. Aku kenang kembali perbualan aku dengan kak Su sewaktu aku merajuk dengan abi. Waktu itu umurku muda lagi, 11 tahun. Kalau tidak silap, aku merajuk sebab abi tidak mengizinkan aku mengikuti perkhemahan sekolah. Aku tak ingat perkhemahan apa, aku berkeras juga mahu ikut. Abi melarang kerana usiaku masih kecil, dia bimbang keselematan anak daranya. Aku pula sanggup tidak makan semata-mata menunjukkan tanda protesku kepada abi. Lebih kurang sahaja perangai kami berdua, masing-masing ego dengan keputusan masing-masing. Bapa borek, anak rintik.

“Makanlah, umi masak mee bandung kesukaan Nur tau. Umi cakap, umi buat khas untuk Nur. Nur janganlah merajuk lagi ye, dah tiga hari Nur tak makan. Tak akanlah sepanjang cuti sekolah ni, nak boikot makan?”

Aku mencebik seraya memandang kak Su yang sedang menghulurkan nasi dalam sudu. Dia suakan ke mukaku. Aku geleng-kepala.

“Nur tak nak makan..” aku berkeras juga.

“Makanlah sikit, kak Su tengok muka Nur dah cengkung. Tiga hari dah Nur berlapar tau. Masuk hari keempat kalau Nur tak makan juga, tinggal tulang aje badan Nur tu.”

Airmataku merembes keluar. Kak Su memang sayangkan adik-adiknya. Kulihat Iman setia berdiri disebelah kak Su. Adik bongsuku itu ikut berbaring disebelahku. Aku diterpa kesedihan. Kak su putus asa, dia letak kembali sudu tadi ke pinggan. Ditenungnya mukaku dengan wajahnya yang sarat dengan kerisauan. Keningnya jatuh, wajahnya lesu.

“Nanti Nur jatuh sakit..”

“Tak apa, biarlah Nur sakit kak Su. Abi bukannya sayang kita..” rajukku.

Kak Su geleng. “Tak baiklah cakap macam tu. Abi sayang kita tau..” sangkalnya.

“Kak Nur makanlah..” Iman pula cuba memujukku. Iman lebih kecil daripada kami. Mungkin disebabkan itulah perwatakan Iman lebih lembut daripada kami.

Aku geleng diiringi linangan airmata.

“Okay, kak Su janji kalau Nur makan, kak Su akan pujuk abi ye?”

Aku teruja. “Betul?”

Laju sahaja anggukan kak Su.

“tapi abi tu kan keras kepala” rungutku, sedih kembali.

“Ala kita pujuklah baik-baik..” kak Su beri harapan.

Senyumanku terlakar semula. Baiklah, hari boikot sedunia sudah tamat. Aku ajak Iman bangun. Kami membuka mulut. Aku teruja, berharap abi membenarkan aku pergi selepas kak Su memujuk abi. Mulutku melopong minta disuap.

Kak Su merungut. “Baca doa dulu lah sebelum makan. Eh kelahapnya Nur ni.”

Dia tertawa kecil saat aku mengunyah dengan laju hingga lupa membaca doa makan.

“Alamak lupalah kak Su, Bismillaahi Fii Awwalihii Wa Aakhirihi (Dengan Menyebut Nama ALLAH Di Awal Dan Akhirnya)..” balasku spontan, terus membaca doa tersebut gara-gara lupa membaca doa makan sebelum kunyah makanan itu tadi.

“Ha padan muka. Siapa suruh berlapar. ..” kak Su membebel.

Iman ikut mengangga mulut. Aku dan kak Su gelak lagi. Aku dan Iman berebut makanan. Indahnya saat itu, saat-saat aku dan Iman dimanjakan oleh kak Su.

Isk..isk..
Airmataku deras mengalir. Kenangan lalu sengaja menjengahku agar aku bersedih lagi. Sebelah tanganku menekup permukaan perut yang beralas dengan baju. Kupintal-pintal bajuku, mengharap agar rasa lapar tadi segera pergi.

“Kak Su…” nama itu terpacul keluar dari bibirku.

No comments:

Post a Comment