Sunday, February 1, 2015

Novel Izinkan CintaMu Yang Pertama 4


Bab 4

Memuja alpa,

Memuja dosa..

~Datin Norlya~

Pukul 9.00 malam, teratak banglo milik keluarga Dato’ Yusri dan datin Norlya masih ‘suam-suam suku’ dengan bahang panas. Tarian ala-ala ‘disco’ semakin rancak, ruang tamu mereka persis pentas tarian yang bingit dengan muzik dan bergemerlapan dengan cahaya lampu di sana-sini. Suasana riuh manusia lebih kuat kalau dibandingkan dengan keramaian para penonton pentas muzik yang bersorak saat kemunculan artis kesayangan mereka yang berada di atas pentas.

Bahang panas tadi beralih pula pada skala ‘kepanasan maksimum’. Beberapa pemuda dan pemudi saling bercumbuan, hilai tawa mereka riuh. Masing-masing lincah menari mengikut rentak muzik yang kian rancak dikala malam berginjak ke pagi. Nun di sudut kanan, berhampiran pertengahan antara ruang tangga dan ruang tamu, seorang wanita begitu leka meneguk minuman keras. ‘Anak ikannya’ semakin berani menjalarkan tangan, meraba sesuka hati.

Alex, pemuda kacukan cina beranikan diri membelai ‘kekasih gelapnya’ agar wanita yang lebih tua 20 tahun dari usianya itu, rebah dalam permainan cintanya. Tawa mereka kian berpanjangan, mengilai-gilai bak orang yang tidak siuman. Sesekali Datin berbisik-bisik, Alex ketawa berdekah-dekah, terpaksalah dirinya melayan karenah Datin Norlya.

“Busuk betul orang tua tu tau. Bilik I tu dah bau tahi..” Datin Norlya menghabiskan sisa tawanya.

“U tak risau ke kalau dia dapat tahu hubungan kita ni?” soal Alex.

“Don’t worrylah sayang. Orang tua tu tak dapat buat apa-apa, dia tu dah nak mampus. Nak angkat tangan pun tak larat, inikan pula nak belasah kita. Hahaha…” dia tertawa lagi, menghabiskan baki minuman kerasnya yang terakhir.

Alex ikut ketawa. Bodohlah kau makcik tua, kau ingat kau tu hot sangatlah ye!. Aku gilakan duit kau, bukan kasih-sayang kau. Dari aku bagi sayang aku ni kat kau, lebih baik aku serahkan kat mak. Eiii, tua kutuk tak sedar diri.

Dia bersuara, menutupi kebenciannya. “I bukan apa, I kesian kat U sayang. Yalah, I risau kalau Dato’ dan anak lelaki U tu akan jadi penghalang untuk kita teruskan niat kita ni. I tak boleh hidup tanpa U sayang, I love U so much...”

Eiiii, buerkk!, geli-geleman dirinya mengungkap ayat romantis itu!. Kalau bukan kerana harta, dia tak akan bazirkan airliur dan masa melayan kehendak Datin perasan muda itu. Memikirkan habuan yang bakal digilapnya, dia rela berkorban jiwa dan raga demi wang tercinta.

“I tahu sayang. I love U too, tunggulah. Sabar ye. I akan jadi milik U juga suatu hari nanti..”

“Anak U si Is tu apa cerita, dah dekat tiga bulan tak ada khabar berita pun. U still trust him?” Alex mahu tukar topik.

“Is tak akan bolot harta I sayang. `Bagilah I masa, I perlu cari dia. Syarikat Amilin akan tumbang kalau tak ada dia. I tak reti nak uruskan bisness ni, dulu pun Dato’ dan Is yang usahakan. I goyang kaki aje kat rumah..” rengeknya manja.

Alex geram. Iskandar juga yang dicarinya. Macamlah aku ni tak berguna langsung. Apa yang susah sangat nak lantik aku gantikan tempat Iskandar, ish menyusahkan betullah orang tua ni.
Alex senyum ketat. “U tak nak I gantikan dia ke?”

“Bukan macam tu sayang. I kenalah hormati Iskandar. Apapun dia tetap anak kandung I, darah daging I. I tak akan ketepikan dia. I’m sorry..” Datin Norlya memainkan watak gediknya, jari-jemarinya mengerlus baju kolar Alex. Kepalanya sudah pening lalat, mabuk.

Alex mengucup pipi Datin Norlya, terpaksa beralah. Dia berperangai ala-ala lelaki romantis dan penyayang demi memenangi hati Datin Norlya. Sesekali ekor matanya mengerling seseorang. Dia curi-curi pandang insan yang sedang memerhati dirinya sejak tadi. Gadis yang memakai gaun merah jambu paras peha melambai tangannya kepada Alex. Alex ikut melambai, tetapi dengan gerakan penuh hati-hati.

“I tunggu U dalam bilik tau, lepas aje Datin mabuk, U bawa dia masuk bilik lain. Selesai tugas U, datang ke bilik I, I nak jumpa U. Rindu..”

Kotak khayal Alex diterpa perbualan siang tadi. Suara menggoda Anis, mengingatkan Alex tentang misi sebenar mereka. Dia sanggup lakukan apa sahaja demi Anis, kekasih hatinya yang tersayang. Kerana Anis jugalah, dia sanggup memikat datin Norlya, berpura-pura jatuh cinta. Semua itu demi kebahagiaannya dengan Anis.

“Anak lelaki I tak akan jadi penghalang kita. Dia tak akan berani apa-apa kan kita sayang, dia hormat I. I kan ibunya…”

Datin Norlya menyuakan minuman keras ke muncung bibir Alex. Alex terpaksa minum dari bekas minuman wanita tua itu. Geli-geleman dirinya saat meneguk air arak yang baru diambil Datin Norlya tadi, setelah minuman yang pertama sudah habis wanita tua itu teguk. Gara-gara tamakkan duit, dia rela lakukan perkara sebegini. Malah, nyawa pun sanggup digadainya. Kedua-dua pasangan itu saling ketawa. Datin Norlya teruja dengan pacar mudanya, Alex pula sudah tidak sabar lagi bertemu dengan kekasih idamannya.

Parti syaitan itu masih berlanjutan biarpun jam sudah bergerak ke angka 12.18 pagi. Alex biarkan datin Norlya meneguk beberapa gelas yang berisi arak, mudahlah dirinya meloloskan diri. Anak matanya menjeling Anis, dua mata saling merenung antara satu sama lain. Senyuman Anis kian melebar, dia tahu mak saudaranya sudah masuk jerat.

“U mesti pikat mak saudara I, buat sampai berjaya. U boleh bolot harta orang tua tu, lepas suaminya mampus. tapi U kena kahwin dengan untie I, U sanggup?”

Alex teringat perbualannya dengan Anis beberapa hari yang lalu.

“I sanggup sayang, asalkan I masih bersama dengan U. I nak U bahagia dengan kemewahan yang akan I rampas tu..”

Anis mengucup pipi Alex, tanda terima kasih yang tidak terhingga. “I akan pastikan U dapat hak U. Tentang abang saudara I tu, U jangan risau. I dah ada plan baik punya..”

Alex lemparkan senyuman kepada Anis yang sedang memerhati gelagat Datin Norlya dan dirinya. Kekasihnya memang bijak dalam merancang. Dia tidak sebijak Anis. Alex hanya pandai menjalankan watak, bukan perancang yang hebat seperti Anis. Segala-galanya dilakukan dengan penuh hati-hati. Tiada seorang pun yang mengesyaki Anis ketika Dato’ Yusri kemalangan jatuh tangga di rumah ini. Mereka ingat, Dato’ syukri akan meninggal dunia, perancangan mereka ada cacat sedikit memandangkan dato’ Yusri sekadar lumpuh separuh badan akibat kecederaan yang teruk dikepalanya.

>>>

Dato’ Yusri menangis, mengenang kejahilannya yang lalu. Dia gagal didik anak dan isteri ke jalan yang benar. Jalan yang dilalui mereka selami ini, bercabang-cabang. Bengkok dan gelap. Dato’ Yusri menyesal. Menyesal sungguh dirinya kerana melimpahi anak dan isteri dengan kemewahan. Apa boleh buat, nasi sudah jadi bubur. Saat tubuh badannya sudah tidak larat lagi melakukan rutin harian, barulah pintu keinsafan mula mengetuk hatinya untuk berubah. Semenjak dirinya lumpuh separuh badan, dia tidak mampu berdiri waktu mengerjakan solat fardhu, hanya mampu duduk di atas kerusi rodanya. Dulu dia selalu tinggalkan solat, tiba waktu rajin, dia solat. Bila malas sahaja, dia tidak solat. Bab mengaji paling liat, dulu dia hanya jadikan kitab al-quran sebagai hiasan dirumah atau dipejabat. Itupun sebab ada orang yang hadiahkan, agaknya kalau idtak ada yang beri, dia dan keluarga tidak akan kenal kitab suci.

“ayyyiiff… baauu.. aaa..”

Payahnya dia menyebut huruf-huruf al-quran, suaranya pelat dan berterabur gara-gara sebelah wajahnya lumpuh. Nak buka mulut pun senget, apalagi nak bercakap. Guru agama peribadi yang diupahnya, kadang-kala garu kepala, keningnya berkerut seribu memikir cara. Kesabaran si guru sungguh tinggi untuk mengajar orang tua sepertinya yang tidak mampu menyebut dengan sebutan yang betul. Rugi, memang masanya rugi. Waktu sehat lupa diri, waktu sakit baru ingat mati. Renungannya jauh. Mengenang si anak yang menghilang pula.

Airmatanya mula deras, hati pula memanggil nama si anak. Iskandar, kemanalah dia membawa diri, merajuk sampai tak ingat dirinya lagi. Baliklah Is, papa minta maaf. Papa nak jumpa kamu sebelum papa hembuskan nafas papa yang terakhir, bicaranya dalam hati. Berharap anak yang menghilang, segera pulang.

“ukkkkk..hukkk..” batuknya menjadi-jadi. Dada dato’ Yusri berombak-ombak kala batuk menyerangnya lagi. Bunyi bising di bawah biliknya kian kuat kedengaran. Jantungnya bagai mahu tercabut, hatinya pula menyirap. Geram betul dia dengan perangai si isteri yang derhaka.

“Saya bawa minuman dan ubat untuk dato’ ni. Makan ubat dulu sebelum tidur ye …”

Dato’ Yusri segera angguk, tetapi agak payah oleh kerana kudratnya yang sangat lemah. Dia berusaha bangun, bersandar ke hujung kepala katil. Tangan kanannya menggigil-gigil, tangan kiri pula tidak berfungsi. Lambat juga dia mengambil masa untuk bangun, disebabkan sebelah badannya yang tidak lumpuh itu tiada sokongan dari anggota badannya yang lumpuh.

Mah Mah suakan ubat, ke tangan dato’ Yusri. Usai telan ubat, Dato’ Yusri teguk pula air suam yang dihulurkan mak Mah kepadanya. Dia tidak mampu pegang, hanya mampu gerakkan muncung bibirnya.

Mak Mah yang mengerti keadaan majikannya tetap sempurnakan tugasnya sebaik yang mungkin. Gelas tadi diletakkan pada dulang. Mak mah ketepikan dulang tadi di atas meja kecil yang terletak berdekatan sudut bilik air.

Sambil menyelimuti Dato’ Yusri dari paras hujung kaki hingga pinggang, dirinya bersuara, meluah rasa yang terpendam. “Mak Mah bukan nak menyibuk dato’, tapi hati ni macam kena siat-siat, hish sakit mata mak Mah ni ha. Perangai datin Norlya makin menjadi-jadi sejak encik Is tak ada kat banglo ni. Dah banyak kali dah dia anjurkan parti haram tu dato’, mak mah tengok diorang semua tu sebijik macam monyet yang tak ada otak, terkinja-kinja. Bau arak tok sah nak cakaplah kan, pening kepala mak Mah baunya. Dato’ dengan mak Mah tetap berdosa, walaupun tak terlibat sama. ..” adunya panjang-lebar.

Derhakanya kau No, sampai hati kau jadikan rumah kita ni sarang maksiat, ALLAH..ALLAH.., dadanya sakit mendengar aduan mak Mah. Mulutnya yang senget itu bersuara dalam kepayahan.

“Aaattttuuu aatuu… aang aalah.. attuuu”. Dato’ Yusri berusaha menyatakan kesalannya. Ayat ‘aku yang bersalah’ tidak mampu dituturkan dalam keadaan yang normal, entah mak Mah faham ke tak bicaranya. Airmatanya tumpah.

Memang aku yang bersalah Mah, aku yang salah didik. Memang padan muka aku. Ini semua balasan ALLAH. Dulu aku gunakan pinjaman yang diberi-NYA ke jalan maksiat, sekarang ni DIA tarik sikit-sikit pinjaman-NYA, ALLAH, ampunkan aku… Dato’ Yusri kesal. Airmatanya laju sahaja mengalir.

Dahi mak Mah berkerut, cuba memahami bicara si lumpuh yang bermulut herot-berot, tetapi apakan daya, dirinya tidak mengerti bahasa orang lumpuh. Dia membuat andaian yang majikannya tengah marah dengan kelakuan isterinya.

Kesian dato’, dahlah anaknya tak balik-balik, ada isteri pula tak sedar diri. Berjimba sakan, berseronok dengan lelaki muda. Hish, kalau aku jadi dato’, memang dah lama aku hilang sabar.. bebelnya dalam hati.

“Sabar ajelah dato’. Doa banyak-banyak. Mak Mah harap sangat datin tu akan berubah baik. Kita nak cegah tak mampu, doa ajelah yang dapat kita buat dato’ ”.

Sambungnya. “Ha baru mak Mah ingat, petang tadi si Mail ada bagitahu yang kawan encik Is tahu encik Is pergi mana. Kalau tak silap dia cakap encik Is ada kat Johor sekarang ni. Kita susah nak berhubung dengan encik Is sebab dia matikan telefonnya. Harap-harap mereka dapat kesan kat mana dia tinggal sekarang ni kan, dato’.”

“Ihh. Ihh..”

Mak Mah teka, majikannya berusaha menyebut perkataan Is. “Ye encik Is, dato”

“Uurrhh. Iia atanng iiini..” Dato’ Yusri terharu, beria-ria mahu mereka menyuruh Iskandar pulang bertemu dengannya.

Mak Mah garu kepala. “Maaflah dato’, mak Mah tak faham apa yang dato’ cakap, tapi dato’ jangan risau lagi ye. Mak Mah yakin kita dapat jumpa encik Iskandar balik..” dia lemparkan senyuman, berharap berita yang disampaikannya tadi, sedikit-sebanyak mengembirakan hati si majikannya.

Dato’ Yusri pejam matanya. Maafkan papa, Is. Kalau dari dulu lagi papa dengar cakap Is, keadaan tak akan jadi teruk sampai macam ni, luah hatinya meratapi kehilangan anak tunggalnya.

“Alex tak boleh dipercayai papa, jangan bagi dia jawatan yang penting dalam syarikat ni. Dia tu talam dua muka, kaki temberang. Is tahu dia ada hubungan dengan Anis. Is tahu niat jahat makcik Juli dan Anis. Is dah lama perhatikan tindak-tanduk mereka, mereka nak jatuhkan papa, papa sedar tak..”

Dato’ Yusri naik berang, pantas sahaja tangannya menepuk permukaan meja.“Jangan nak fitnah orang Is, mereka tu ada kena-mengena dengan darah-daging kamu. Makcik Juli tu adik papa, Anis tu anak saudara papa, sepupu kamu!”

Iskandar naik hantu, jari-jemarinya digenggam sekuat hati. Sakitnya hati mengenangkan ayah kandung sendiri berpihak kepada musuh. Papanya menuduh pula dirinya memfitnah, makin sakitlah hatinya.

“Jangan suka sangat tuduh sebarangan, kalau bercakap tu kena tunjukkan bukti. Kamu tak boleh main tuduh-tuduh, tunding jari sesuka hati kamu”

Iskandar meramas-ramas rambutnya yang tidak gatal. Hatinya mendidih, rasa mahu cabut rambutnya yang berserabai. Dia mati kutu dengan sikap sambil lewa papanya. Anis, anak makcik Julinya pernah gelapkan wang syarikat sebanyak sepuluh ribu ringgit. Dia tiada bukti, sebab itulah papanya masih sayangkan sepupunya yang pandai berpura-pura baik dihadapan papanya.

“Duit yang lesap tu memang bukan kerja orang luar papa. Kerja orang terdekat juga, siapa lagi kalau bukan makcik Juli dan Anis tu. Mereka memang licik, jadikan Alex sebagai hamba suruhan, mereka pula lepas tangan. Itu baru jumlah sepuluh ribu yang kita detect, sebelum ni entah berapalah wang yang lesap dikebas mereka. Is ta tuduh, Is pernah nampak Anis dengan Alex, bukan main mesra lagi. Is yakin Alex orang yang sangat bahaya pada keluarga kita pa. Kita kena buang dia secepat yang mungkin..”

“Sudahlah Is, papa tak nak dengar lagi. Jangan mengarutlah..”

Iskandar berang. “Tolonglah jangan bodoh sangat papa. Papa sedang diperbodohkan, papa masih tak nampak lagi permainan mereka?”

“Berambus kau dari sini. Jangan kau berani datang ke pejabat ni lagi selagi kau tak basuh fikiran kotor kau dan selagi kau tak cuci karat dengki yang ada dalam hati kau tu!” tengkingnya.

Iskandar senyum sinis. “Bagus papa, bagus. Papa bijak tapi sayangnya, orang yang sebijak papa ni boleh dipijak-pijak orang..”

“Get out!” nada suara dato’ Iskandar kian tinggi. Dadanya terasa mencucuk. Dato’ Syukri menyandarkan belakang tubuhnya ke kerusi. Tangannya mencari-cari sesuatu. Laci meja diselaknya. Iskandar sudah hilang dari pandangan. Dirinya pula hilang kawalan, mungkin sakitnya menyerang. Jantungnya seakan-akan berhenti berdenyut. Tangannya kelam-kabut mencari ubat yang tersimpan dalam laci meja pejabatnya. Namun belum sempat tangannya mencapai dadanya mencucuk-cucuk. Dia jatuh dari kerusi dan…

“Ihh ann aar.. ihh ann aar..” Dato’ Yusri menangis. Mula meracau-racau memanggil nama anaknya.

Mak mah gelisah melihat keadaan Dato’ yusri. Dia ke penyebab dato’ Yusri ‘melalak sakan’?. Memang salah dirinya juga, siapa suruh mulutnya gatal bercerita perihal Encik Iskandar. Entah apalah yang ingin dikatakan Dato’ Syukri, mak Mah jadi serba-salah kalau dato’ Syukri rungsing.

“Dato’, mak Mah harap dato’ sabar. ALLAH uji sebab sayang kita. Banyakkan doa dato’. Insya’ALLAH (Jika ALLAH Menghendaki), segala-galanya akan baik-baik aje..” pujuknya.

“Aaaauuu aakk ihh ann arrr..” tangisnya. Dia sangat rindukan Iskandar. Kalau boleh, sekarang juga dia mahu berangkat ke Johor, mencari anaknya.

“Err.. mak mah keluar dulu ye dato’. Dato’ tidurlah, jangan difikirkan sangat masalah tu. tiap-tiap masalah pasti ada jalan penyelesaiannya kan dato’..” dia bermotivasi, untuk dato’ dan juga diri.

Dato’ Syukri senyap. Matanya merenung ke arah pintu masuk biliknya. Saban hari, dia menunggu tangan insan yang dirinduinya akan membuka pintu bilik, lalu masuk menemuinya. Dadanya sebak, masih merindui Iskandar.

“Insya’ALLAH (Jika ALLAH Menghendaki) subuh nanti, mak mah kejutkan dato’ solat subuh. Rehat ye dato’, maafkan mak Mah kalau ada buat dato’ bersedih..”

Mak Mah angkat kaki, sebelum dia menutup suis lampu, kepalanya menoleh ke belakang. Sayu hatinya mengenang nasib Dato’ Syukri. Dalam sekelip mata sahaja ALLAH tarik nikmatnya. Dari boleh berjalan ke sana-sini, Dato’ Syukri hanya mampu terlantar di atas katil sehingga kini. Hanya kerusi roda sahaja yang mampu meringankan sedikit penderitaan dato’, seandainya majikannya itu mahu ke bilik air atau mandi. Selebihnya, dialah yang akan sediakan apa yang patut buat Dato’ Syukri. Mak Mah kesal, isteri Dato’ pula lepaskan tanggungjawab menjaga suami kepadanya. Dia simpati dengan nasib dato’ yang beristerikan wanita seperti datin Norlya yang tidak punya hati perut.

>>>

Mataku agak sembab, sejak akhir-akhir ini, airmataku mudah sangat tumpah. Kadang aku menangis dalam diam tatkala malam menjelang. Waktu yang paling sukar bagiku adalah waktu aku nak lelapkan mata. Ada sahaja yang datang mengganggu fikiranku, membuatkan hatiku sebak. Malam tadi aku menangis galak sangat, mungkin sebab itulah naik bengkak pula sekitar lingkaran mataku. Aku perasan keadaanku sewaktu aku suluh muka ke cermin sebelum keluar rumah tadi. Hampir sama macam mata beruang panda, bengkak semacam, itulah padahnya kalau kerap sangat menangis. 


Mmmmmm….

Kakiku melangkah perlahan-lahan menuju ke kelas. Mujurlah aku masih ada anak-anak muridku yang comel-comel, boleh jugalah aku menumpang rasa gembira. Memandang sahaja wajah kanak-kanak, memang boleh buat hati jatuh suka. Aku tenang dan selesa dengan kanak-kanak. Aku mengajar kafa waktu petang, lepas zohor. Masa inilah aku dapat campak ke tepi segala masalah-masalah yang mengganggu fikiranku. Sekejap pun tak apalah, asalkan aku dapat memeluk rasa damai dalam jiwa.

Aku mengajar di sekolah agama rakyat yang berdekatan dengan masjid Al-Hikmah, pada sesi petang. Sejak aku tamat persekolahan, aku ditawarkan untuk mengajar di sini. Kawan abi aku yang berusaha masukkan aku ke sekolah ini. Semakin lama, aku semakin jatuh sayang.

“Assalamualaikum(Selamat Sejahtera Keatasmu) ustazah, tak sihat ke?. Tak bermaya aje saya tengok..”

Aku tergamam namun sempat aku jawab salam dalam hati, lamunanku terus melayang. Kehadiran Ustaz Syazli Shah melahirkan rasa maluku. Mesti dia sudah lama perhatikan gelagat aku tadi. Mujurlah aku tak tergolek atau terlanggar tembok ke, kalau malang menimpaku tadi memang teramat malulah aku dengan Ustaz yang berjanggut lebat ni. Guru muda yang gemar menegurku ini, dikurniakan wajah oleh ALLAH persis macam muka Ustaz Don, pendakwah terkemuka yang selalu muncul ditelevisyen. Kalau tak silap, program ‘5 minit bersama Ustaz Don’. Aku gemar tengok ceramahnya yang bertajuk ‘cinta rasul’. Berulang-kali aku tengok pun tidak pernah jemu, menangis lagi adalah. Terasa makin rindu dengan Rasulullah Sallallahhu Alaihi Wassalam. Program yang dikendalikan Ustaz Don benar-benar mantap dan berkesan ke hatiku.

Okay, berbalik pula di dunia realiti. Aku tidak terlalu fanatik atau teruja sangat mahu berbual dengan kembar Ustaz Don. Aku tahu Ustaz Syazli Shah mahu mengenaliku dengan lebih rapat, aku sahaja yang buat-buat tidak tahu selama ini. Entahlah, aku minat nak tengok mukanya yang macam Ustaz Don, bukan minat dengan dirinya.

“Sakit ke ni?” soalnya lagi. Dia masih tidak berputus-asa biarpun aku tidak jawab pertanyaannya tadi.

Aku terpesona seketika sebab dia tengah senyum. Wah, memang pelanduk dua serupa Ustaz Don!. Wajah dan personalitinya saling tidak tumpah seperti Ustaz Don.

“Tak jawab pun salam saya tadi..” usiknya sambil tersenyum.

Ish, aku jawab dalam hatilah!. Bentak hatiku, tidak mahu mengalah namun aku jawab juga salamnya, mahu memuaskan hatinya. “Waalaikumussalam Warahmatullah Hiwabarakaatuh (Segala Sejahtera Keatasmu, Dan Rahmat ALLAH Keatasmu serta Barakah ALLAH Jua Atasmu)..” jawabku dingin.

Dia tersengih-sengih. “Ustazah tengah sakit ke ni?” dia menyoal dengan soalan yang sama macam tadi, tetapi lain sedikit susunan ayatnya.

“Ha,ah, tak sihat sikit..” jawabku acuh tidak acuh. Terpaksalah aku mengiyakan memandangkan dia benar-benar mahu tahu. Tak akanlah aku nak cerita perihal masalah aku sampai wajahku hilang seri. Dia bukan sesiapa pun, sekadar teman yang sama bidang denganku.

“Lah yeke ni. Kenapa tak rehat aje kat rumah, dah tahu diri tu tak sihat. Jangan paksa diri Ustazah.”

Aku yang memang bersikap dingin dengan lelaki, seperti kebiasaannya akan zip mulut kalau perbualan kami semakin panjang berjela. Alah, macam biasalah ustaz Syazli Shah oi, kenalah kau bersabar dengan Ustazah pendiam dingin ni!.

Ustaz Syazli Shah sudah biasa dengan perangai aku yang dingin macam ais, beku macam patung. yang peliknya, dia masih tidak serik menyapaku walaupun tahu aku tidak berapa peramah dengannya. Lain padang, lain belalang, lain orang, lain ragam. Eh, betul ke peribahasaku ni?. Err, tak kisahlah yang penting aku nak cepat ni Ustaz Syazli Shah!. Sila beredar dari sini, bebel hatiku.

Kalau aku ada keberanian, mahu sahaja aku ubah suara hati tadi menjadi peti suara mulutku. Barulah si kembar Ustaz Don tahu yang aku tidak gemar melayan lelaki yang bukan mahram untukku. Setakat ni, hanya abang Haiqal dan Akhi Amir sahaja yang pernah rapat denganku, itupun dengan bantuan orang tengah.

Err.. Encik Calon Suami pula?.. err, no komen!.

“Demam ke?”

“Tak”

“Habis tu?. Pening kepala?”

“Tak”

“Cirit-birit ke?”

Astagfirullahhal’adzim ((Aku Mohon Ampun Kepada ALLAH Yang Maha Agung),, ya ALLAH, sabarkanlah hatiku!. Heh, Ada juga yang kena baling dengan kasut dengan aku kejap lagi ni!. Sabar Nur, sabar!. Jangan makan orang, ingat sikit kau tu perempuan, bukan lelaki. Huh..

Aku tarik nafas dalam-dalam, cuba kawal ton suara yang hampir nak meninggi. “Saya sakit dada, sakit hati. Dalam badan saya macam panas aje ni..” ujarku lembut tetapi bernada keras dalam sindiran. Entah dia faham ke tidak bahasa kiasan aku tadi, dia tidak faham agaknya. Aku sahaja yang memahami bahasa perlianku sedangkan dirinya nampak tenang sahaja. Sebenarnya aku tengah senaraikan segala rasa geram sebab Ustaz Syazli Shah menjadi wartawan tidak bertauliah, bertanya itu ini kepadaku. Rimas.

“Awak letih kut? Kan?” ujarnya.

Aduh, ke situ pula dia!.
Memang sah dia tak faham apa yang ingin aku sampaikan tadi. Aku malas mahu layan, angguk dan iyakan sahaja.

“Awak ada penyakit asthma ke?”

Aku lihat wajahnya berubah cemas. Maaflah Ustaz, aku terpaksa tipu.

“Tak, saya rasa lemah aje tadi. Mungkin penat agaknya..”dalihku.

Barulah wajahnya berubah tenang semula. Hurm, kasihan pula aku tengok dia yang bagai ayam berak kapur!. Maaf…..
“Saya masuk kelas dulu ye Ustaz. Maaf, Assalamualaikum (Selamat Sejahtera keatas kamu (Semua)) aku bergegas pergi, langkahku agak laju. Mahu segera lari daripadanya.

“Waalaikumussalam Warahmatullah Hiwabarakaatuh (Segala Sejahtera Keatasmu, Dan Rahmat ALLAH Keatasmu serta Barakah ALLAH Jua Atasmu)” sudah jauh bayang si buah hati, barulah dia jawab salam. Kenapalah cik ustazah Nur Syahadah ni dingin sangat. Aku cakap sepatah, dia jawab sepatah. Hai, nasib baik aku berkenan, sabar itu perlu!.

Syazli Shah mengeluh, hampir rasa putus asa. Nur Syahadah begitu misteri, sukar dibaca isihatinya. Bertahun-tahun juga dia cuba ambil hati, sudahnya dia pula yang makan hati. Nasib badan, orang tidak sudi tak akanlah dia pula mahu menonjol diri. Kalau ada jodoh adalah, kalau tidak berjodoh pun dia tidak kisah. Ustaz Syazli Shah memusing arah perjalanannya, kelasnya bukan berdekatan dengan kelas Nur Syahadah. Dia kena belok kanan, kemudian lintas kawasan kantin sekolah, berjalan ke depan sedikit, barulah jumpa kelasnya.

No comments:

Post a Comment