Thursday, February 5, 2015

Novel Izinkan CintaMu Yang Pertama 8



Bab 8

Aku jeling kalendar kecil, melirik pandang pada tarikh yang sudah aku tandakan pangkah x dengan warna merah. Sekarang minggu kedua, tinggal sebulan setengah sahaja lagi aku akan melangkah ke fasa baru. Ya, alam rumahtangga!.

Aku membelek-belek kalendar tadi, sampailah ke tarikh 23.03.2014. Tarikh inilah yang akan merubah hidupku. Daripada gelaran cik, bertukar kepada puan. Kali ini jari-jemariku berlabuh pada papan kekunci ‘keyboard’. Aku buka kembali mesej terakhir yang dihantar seseorang yang pernah hadir dalam hidupku. Insan istimewa itu muncul dikala aku mahu melupakannya.

Anak mataku tertancap pada‘Privated Massage’ yang dihantar melalui ‘Facebook’. Aku membuka mesej yang tertulis Akhi Amir, terpampanglah semua dialog kami untuk beberapa hari yang lepas. Aku hanya mahu melihat pada mesej yang terbaru dan terkini.

Asif, Nur : (

O.k.

Ana mendoakan kebahagiaan enti Nur

O.k. Syukran Jazilan.

Ana tahu enti masih marahkan ana. Maafkan ana Nur. Bukan niat ana mahu mengganggu, besar harapan ana agar enti akan terima pemberian ana.

Maksud akhi?

Lusa, sepersalinan baju akad nikah akan selamat sampai ke rumah enti.

mmmm.. kenapa akhi buat begini?. Apa salah ana pada akhi?.

Asif Nur, maafkan ana. Ana tidak mahu lukakan hati enti, ana mahu enti bahagia.

Kenapa ana harus pakai baju yang akhi hadiahkan?. Akhi mahu ana bersedih?.

Tidak nur. Demi ALLAH, ana tiada niat begitu.

Habis tu, kenapa akhi seksa jiwa ana?

Mmmmm ampunkan ana.. : (

Ana faham, jodoh itu urusan ALLAH. Akhi tidak perlu minta maaf.

Ana yakin enti akan bahagia dengan bakal imam enti. Ana doakan kebahagiaan enti Nur. Ana sentiasa doakan enti bahagia.

Insya’ALLAH.

Moga enti sudi terima hajat ana yang terakhir itu. Assalamualaikum Nur.

Waalaikumussalam..


Airmataku tumpah, aku ulang-ulang semula mesej daripadanya. Aku baca sambil menangis. ALLAH, sebaknya diri ini!. Dalam linangan airmata, aku hadamkan tiap-tiap bicara terakhirnya ke dalam hati.

“Kenapa?. Kenapa akhi sanggup tengok ana sengsara?. Kenapa akhi mahu ana ikut kemahuan akhi?” ujarku sayu. Fikiranku diasak tanda-tanya. Akhi Amir masih berani meminta kepadaku sedangkan dia tahu aku menderita angkara cinta palsunya.

“Akhi sanggup meminta tetapi ana tiada pilihan. Ana terpaksa pilih, bukan meminta seperti akhi. akhi kejam, akhi kejam..” bahuku terhinjut-hinjut. Aku tekapkan mukaku ke lengan tangan yang bersidai diatas meja. Aku menangis sepuas hati.

Aku melulu mencari katil, kurebahkan tubuh badanku ke dada katil. Aku sembamkan mukaku pada bantal. Melepaskan tangisan lagi.

“Adakah itu pilihan atau paksaan?. Akhi paksa ana terima kehendakmu. Habis tu, hati ana ini tiada kehendak ke?. Hati ana ini boleh dilanggar, dipijak, dicincang-cincang sesuka hati. Kenapa akhi punahkan janji, kenapa?, Ana mahukan jawapan..” dalam esak tangis aku meluah rasa. Biarpun diriku yang mendengarnya, hatiku puas.

Aku memang mahu melupakannya. Nekad. Aku buka hati ini untuk yang halal, tetapi aku sedar. Aku masih tidak dapat hilangkan nama Akhi Amir dalam hati. Permintaan terakhir Akhi Amir yang mahu aku pakai baju nikah pemberiannya, menggamit rasa sebalku. Semestinya akan membuatku terkenang dia dihari pernikahanku kelak. Hatiku bagai ditusuk duri, lukanya sangat dalam.

“Ya ALLAH, ya Rahman, Ya Rahim. Ampunilahku. Aku bukan mengeluh dengan takdir-MU, aku menangis kerana hatiku rapuh. Mudah robek dan terkoyak. Dinding hati ini tidak bertulang apalagi memiliki perisai untukku halang kesakitan cinta datang menyerang. ALLAH,, aku lemah. Tersangat lemah. Tolonglah aku, buangkan segala rasa rindu dan cinta ini. Aku tidak mahu lagi mengenangkan insan yang bukan halal buatku. Aku hanya mahu mencintai yang halal, Muhammad Yusoflah cinta halalku, ya ALLAH..” tangisku lagi. Bantalku penuh dengan cecair airmata. Basah dan lencun.

Seboleh-bolehnya aku mengelak dari mengenang lagi Abang haikal dan Akhi Amir. Aku tidak mahu kenangan lalu mengganggu perjalananku yang akan datang. Mudahkah hatiku buang mereka?. Mahu kikis kenangan lalu, bukan semudah mengikis habuk kayu. Semuanya perlukan masa. Aku mungkin boleh lupakan abang Haiqal dengan mudah, Akhi Amir pula agak susah.

Aku..mmm..masih mencintainya.

“Berapa lama masa yang kau perlukan Nur?. Sebulan?. Setahun?. Puluh-puluh tahun?”

Suara hatiku mengutukku. Kali ini perdebaran hatiku sedang bertelagah, mahu menyangkal akal fikiranku. Rancak, bagaikan perlawanan bola sepak. Kejap ditendang, disepak, dilambung. Hatiku, berdenyut sakit.

“Lupakan semuanya, buka diari baru Nur. Diari yang ada nama Yusof dan kau. Susah sangat ke?”

Lidahku menolak airliur ke tekak. Terasa pahit. Pahit macam peria.

“Tak susah pun tapi.. aku kenal Akhi Amir dulu daripada Yusof. Akhi Amir muncul dulu dalam garis takdirku, kemudian baru Yusof. Macammana aku nak buat-buat tak tahu aje. Hatiku masih ada nama Akhi Amir..” dalihku sambil memangis. Menangkis bisikan hatiku yang satu lagi.

“Kau berhati batu. Berdosa besar Nur. Kau masih teringat-ingat kepada insan yang tak halal bagimu, dia bukan yang halal. Selepas kau berkahwin dengan Yusof, kau mahu biarkan hati kau mencintai dua insan. Yusof dan Akhi Amir. Yusof suami kau, akhi Amir tu pula siapa. Siapa Nur?”

Aku terdiam. Kalah. Kepalaku terasa berat. Bantal yang basah tadi, menampung rambutku yang basah.



“Boleh ana tanya?”

Aku senyum malu, mencuit bahu Iman. Iman senyum memandangku. Aku menyorokkan wajahku ke arah lain setelah kubisikkan kepada Iman, memberi keizinan kepada Akhi Amir untuk bertanya. Iman menyampaikan.

Tafadhol, silakan akhi..” kata Iman. mengulangi kembali jawapanku gara-gara suaraku agak perlahan, maklumlah aku tengah malu. Hanya Iman sahaja yang mendengarnya. Sedangkan tidak sampai ke telinga Akhi Amir yang berada agak jauh dari kami.

Aku malu-malu kucing.

“Enti minat bunga?”

Aku dengar pertanyaannya. Aku masih malu menjawab. Terdiam seketika. Iman sengih, mengenyit matanya kepadaku. Aku dan Iman Saling berpimpin tangan, jalan berdua. Akhi Amir pula berada di sebelah Iman tetapi jarak kami kira-kira sedepa.

“Jawablah kak..” bisik Iman ketelingaku yang ditutupi hijab. Hari ini kami serba hitam. Tudung hitam, jubah hitam, mujurlah badan kami tak hitam. Kuning langsat, ikut kulit umi. Kalau mata, kami ikut abi, buntang sedikit.

“Iman kan tahu kak Nur suka bunga apa..”sahutku malu. Berbisik.

Iman senyum, kepalanya menoleh ke sebelah sana menghadap akhi Amir. “Kak Nur suka bunga tulip dan mawar putih. Akhi nak kasi bunga kat kak Nur ya. Jangan lupa bagi kat Iman juga tau..” seloroh Iman

Aku menyiku bahunya. Aku ketap bibir menahan geram. Iman menutup mulutnya, tertawa. Dia bukan kisah pun kalau aku berkasar, aku buat dalam keadaan malu, ala-ala manja gitu. Penuh kesantunan dan kesusilaan. Sikit pun Iman tak heran, huh.
“Akhi, tak jadilah minta kat akhi. Tak payah bagi kat Iman tau, bagi kat kak Nur aje. Ada orang cemburu ni..”

Huh, Iman suka sangat menyakatku. Kedengaran tawa di sebelah kiri kami. Aku terpukau, si dia ketawa mesra. Alahai, sweetnya!. Aku makin malu, mereka berdua suka sangat tengok aku malu-malu kucing.


“Kak Nur..”

Aku kenal suara itu. Serta-merta mataku yang terpejam tadi, terbuka luas. Aku kesat sisa airmataku yang tertinggal dicelah kelopak mata. Dialog imbasan cinta lalu, terus menghilang dari memori ingatanku. Aku tidak berpaling ke arah suara yang memanggilku tadi. Aku masih sorokkan mukaku yang lembab diselaputi tangisan. Aku diam seketika, menghilangkan sebak.

Aku dengar bunyi spring katil kembarku bergerak. Aku tahu Iman sudah duduk melabuhkan punggungnya berdekatanku. Aku masih membatu diri.

Iman serba-salah. Dia masuk ke bilik tanpa izin. Dia dengar suara esak tangis kakaknya, sebab itulah dia menjengah masuk. Pintu yang tidak bertutup rapat tadi ditolaknya, susuk tubuh kakaknya yang sedang berbaring membelakanginya, terpampang jelas diruang matanya.

“Akhi Amir tak paksa kan. Kalau kak Nur tak nak pakai, pulangkan aje. Dia mesti faham. Lagipun, dia tak cakap pun wajib pakai. Itu hak kak Nur, nak tolak atau terima..” pujuk Iman.

Beberapa titik airmata tumpah lagi.

“Nanti Iman minta maaf dengan makcik Hajar bagi pihak kak Nur. Iman rasa makcik Hajar dengan suaminya akan datang ke majlis kak Nur..”

Sedetik, nama Hajar mengganggu ingatanku. Dialah insan yang melahirkan Akhi Amir. Umi hajar sudi datang jenguk aku?. Fikiranku terganggu. Bukan aku sahaja yang bersedih, ramai lagi insan yang meratapi perpisahan antara aku dan akhi Amir. Aku yakin Makcik Hajar sayangkan hubungan kami. Dia sudah anggap aku seperti anaknya.

“Makcik gembira sangat. Tak sabar rasanya nak tengok Amir dan Nur di maljis akad nikah kamu berdua nanti. Nur tunggu Amir tau..”

Itulah kata-kata terakhir Makcik Hajar ketika melawat aku dan keluargaku empat bulan yang lepas. Usikannya menerbitkan rasa tenang dihati. Waktu itu aku terlalu yakin yang takdirku akan bersama dengan akhi Amir. Ah, aku silap!. Rupa-rupanya aku terperangkap dalam takdirku.

Maafkan Nur Makcik. Impianmu hanya tinggal impian….

“Kak Nur, pandanglah Iman..”

Iman merayu dalam sebak. Iman tahu aku sedang menangis. Aku tak mampu berpura-pura.

“Iman nak dengar dari mulut kak Nur sendiri. Kak Nur nak terima atau tolak pemberian akhi?”

Aku habiskan sisa tangisan terakhir, menyeka dengan jemari. Aku ramas jari-jemariku sekuat-hati. Aku tidak boleh terus menangis. Aku mesti bangkit, lupakan kenangan yang lalu.

“Kak Nur terima. Tak akanlah kita nak tolak pemberian orang. Dia bagi ikhlas, apa salahnya kak Nur terima. Sebagai kawan…” terketar-ketarku menutur bicara. Seraya bingkas bangun, duduk berteleku. Mataku bertaut dengan mata Iman. Aku ukir senyuman, menutup kesedihan.

Heh
, mudahnya aku berkata-kata!. Hipokritnya aku. Hatiku berat, koyak-rabak. Luka lama masih tidak hilang parutnya, tetapi aku menyembunyi rasa dihadapan Iman.

“Kak Nur boleh lupakan Akhi ke?” Iman mahu mengorek rahsia.

“mmmm”

“Jujurlah kak Nur?”

Aku tidak segan-silu berkongsi cerita dengan Iman. hanya Iman yang tahu tentang rahsia baju pernikahan yang ingin dihadiahkan Akhi Amir kepadaku. Hanya Iman tempatku berkongsi masalah. Tentu Iman mahu tahu apa yang ada dihatiku.

“Err.. kak Nur..” mataku bergerak-gerak, memerhati renungan Iman. Apa aku nak jawab ni?. Aku..

Iman senyum hambar kepadaku. “Iman dah tahu jawapannya. Kak Nur tak dapat lupakan akhi Amir tapi Iman harap kak Nur akan buka ruang untuk abang Yusof. Dia pun berhak dapat cinta kak Nur kan…”

Lidahku kelu. Memang benar katanya. Yusof, dialah insan yang terakhir. Aku harap hanya dia insan yang terakhir. Pertama dan terakhir sebagai suamiku.

Lambat-lambat aku anggukkan kepalaku.“ Insya’ALLAH (Jika ALLAH Menghendaki)” jawabku lemah.

“Cinta tak semestinya datang dengan jodoh, jodoh pula akan datang dengan cinta. Kan?”

Aku memandangnya. Aku ukir senyuman. Matanya berkerdip, menghapuskan sebakku tadi.

“Cinta akan datang kalau dua hati bersatu. Bersatu dalam ikatan pernikahan?” soalku kepadanya bagai anak kecil yang tidak mengerti makna cinta.

Insya’ALLAH (Jika ALLAH Menghendaki) kak Nur. Iman yakin kak Nur boleh jatuh cinta dengan suami kak Nur. Bercinta selepas nikah ni lebih manis tau” dia kenyitkan matanya. Mengusikku.

Aku gelak kecil, hilang sudah gundahku tadi. Dalam beberapa hari, aku asyik berendam airmata. Menangis dan menangis. Itu sahajalah yang mampu aku lakukan saat hatiku disapu rawan kesedihan.

Tiba masanya aku biarkan bibirku mengulum manisan tawa. “Eleh, macamlah Iman ada pengalaman. Macmamana Iman tahu cinta selepas nikah tu manis. Entah-entah sweet-sour. Masin ke..” usikku pula.

“Bukan pengalaman Iman kak Nur. Pengalaman umi dengan abi kita. Diorang kan pasangan yang sweet”

Terburai tawa kami. Iman menolong aku melupakan sejenak masalah yang menggangguku tadi.

“tapi..kak Nur pelik sikit. Kenapa baru sekarang akhi Amir mesej kak Nur. Kak Nur tak cerita pun kat dia yang kak Nur nak kahwin bulan depan. Siapa yang bagitahu dia?” ajuku.

Suasana yang ceria tadi bertukar dingin. Aku tengok Iman gelisah, macam menyorokkan sesuatu. Aku yakin. Iman ada rahsiakan sesuatu. Raut wajah Iman bertukar tegang ketika aku bangkitkan soalan tadi.

Aku tajamkan mataku kepadanya. “Iman”

“Err,”

“Iman yang bagitahu kan?”

Iman angguk.

“Iman cakap apa kat dia?”

Iman terdiam. Keningnya hampir bercantum, serba-salah agaknya denganku.

“err.. Iman..Iman..”

“Iman, Iman. Iman apa?” suaraku agak tegas.

“Jangan nak tipu kak Nur. Lebih baik Iman jujur..” suaraku kendur. Aku ugutnya sambil mengangkat jari telunjukku kepadanya.

Iman tertunduk. “maaf kak Nur..” dia pandangku semula.

Aku menyengetkan mulut. Geleng-kepala.

“Selama ni kami memang berhubung”. Iman terpaksa buka cerita tetapi dia tidak akan sesekali bocorkan rahsia akhi Amir. Dia tidak sampai hati memutuskan janji yang telah dimenterainya dengan akhi Amir.

“Iman tahu ke, dia dah jumpa seseorang kat sana?”. Aku terkejut bukan kepalang.

Iman angguk. Keningnya jatuh. Rasa bersalah dengan perbuatannya. “Iman nak jaga hati kak Nur. Akhi Amir pun suruh Iman rahsiakan perkara ni, dia tak nak kak Nur sedih. Dia suruh Iman pujuk umi dan abi untuk carikan calon yang sesuai buat kak Nur. Dia…”

Aku memintas. “Dia tak perlu bersusah-payah macam tu sekali. Kak Nur boleh cari sendiri…”

Iman melulu ke arahku, mengucup tanganku. Meminta maaf.

“Kak Nur, jangan marah Iman. Ampunkan Iman..ampunkan Iman”

Aku usap ubun-ubun kepalanya. Senyumanku terukir. “Tak apalah. Benda dah jadi. Niat Iman baik, Iman tak nak kak Nur kecewa. Lain kali jujur aje, kak Nur tak suka dengar dari mulut orang lain. ..” suaraku kendur.

Iman terdiam, memikirkan beban janji yang dipikulnya. Kalaulah suatu masa nanti kak Nur tahu rahsia yang dipendamnya, apakah kakaknya akan membenci dia dan akhi Amir?. Iman kecut perut.

Rabbi yassir wala tu ‘assir, rabbi tammim bil khoir. Ya ALLAH permudahkanlah segala urusan, janganlah ENGKAU persulitkannya, sempurnakanlah dengan kebaikan,
desir hati Iman.



“Jagakan Kak Nur untuk akhi..”

Iman terkenang perbualannya dengan akhi Amir. Berita yang didengarinya sungguh mengejutkan. Dia sendiri hampir tak percaya, apalagi kalau kak Nur tahu yang Akhi Amir ada…

Panggilan masuk daripada Akhi Amir menganggu ketenteramannya pada petang itu.”Kenapa ni akhi?. Tiba-tiba cakap macam ni?” dia syak perkara buruk akan terjadi diantara kak Nur dan Akhi Amir.

“Jagakan kak Nur untuk akhi, Akhi tak mampu jaga Nur..”

Ish, Akhi Amir ni buat drama sedih pula!. Cukup-cukuplah dengan drama-drama yang ada dalam media, tak perlulah lelaki itu nak sesakkan fikirannya dengan drama terbaru. Drama ‘Rindu Di Abu Dhabi’ yang ditayangkan ditv3 pun dia belum khatam lagi. Emosinya sentiasa terganggu dengan setiap babak yang dilakonkan para pelakon dalam drama tersebut. Akhi ni nak uji bakat lakonannya ke?, hatinya merapu.

“Akhi dan Nur tak boleh berkahwin..”

Telinganya terasa panas. Jantungnya tersentak. “Ish, akhi janganlah nak main-main. Kenapa tak jadi pula?. Akhi dah ada orang lain ye?” soalnya geram.

“Akhi terpaksa..”

Iman keliru. Terpaksa?.

“Terpaksa?. Ada orang ugut akhi ke?” Iman mula berandaian yang bukan-bukan.

“Taklah, akhi dah fikir masak-masak. Akhi tak akan datang meminang..”

Airmata laju sahaja membasahi pipi Iman. “Kesian kak Nur, akhi dah ada orang lain ke?” suaranya sebak.

Suara dihujung talian juga ikut sebak. “Akhi tak layak untuk dia..”

“Sebab apa?” Iman hilang sabar. Terkeluar juga amarahnya.

“Sebab….”



Anak mata Iman merenung Nur. Digengamnya jari-jemari Nur. Simpatinya tumpah buat kakaknya. Kak Nur terlalu banyak menderita. Hajatnya yang ingin memiliki keluarga bahagia bersama akhi Amir tidak kesampaian.

Kasihannya kak Nur,
hatinya sayu sangat.

Iman terpaksa menipu untuk menutup hal yang sebenar. “Dia cintakan orang lain..” begitu susah dia menuturkan ayat tersebut. Mengenang dia mengikat janji dengan akhi Amir, terpaksalah dia berbohong.

Airmataku mengepung serata bebola mata. Aku palingkan wajahku ke arah lain. Nafasku agak sesak gara-gara terlalu sebak, wajahku ikut muram. Aku lepaskan hela nafas, mencari kekuatan yang hampir hilang. Iman perhati tindak-tandukku tanpa bertanya apa-apa. Aku memandangnya semula setelah kesedihanku tidak lagi mengusik jiwa.

Senyuman yang tersimpan tadi, aku ukir tenang. “Orang dah tak sudi, kak Nur tak boleh nak paksa.”

“Mmm… Iman doakan kak Nur bahagia dengan abang Yusof tu..”

Aku hanya mampu tersenyum.

Iman masih memikirkan perbualannya dengan akhi Amir. Takdir merubah hidup kak Nurnya, akhi Amir dan Muhammad Yusof. Insan-insan itu tidak bersalah. ALLAH sudah menetapkan siapa jodoh hamba-NYA. Bercintalah bertahun-tahun sekalipun, kalau tiada jodoh, tetap akan berpisah jua. Bibir Iman agak payah mengulit senyum.





No comments:

Post a Comment