Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamualaikum ukhti dan akhi..
~Kisah ini Saya copy Dari Blog Ahlia Firdaus~
Jom sama2 hayati kebesaran ALLAH...... :")
Jenazah istimewa...
Ustaz
(di sini saya namakan Ustaz M) yang diamanahkan untuk
mengendalikan kursus jenazah ini sudah berpengalaman hampir 10
tahun dalam mengendalikan urusan mandi jenazah di sekitar
Lembah Kelang dan Malaysia. Beliau amat terkenal dikalangan
jemaah masjid di sekitar lembah Kelang ini. Malah beliau juga
selalu berulang-alik ke merata negeri seperti pantai timur
semenanjung dan utara selatan untuk menguruskan mana-mana jenazah
yang dibawa ke masjid yang memerlukan khidmat tangan beliau.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Saya nak mulakan kisah ini dengan kisah yang pertama.
Meninggal Dunia Ketika Lepas Solat Asar
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
Kisah ini berlaku pada seorang imam di selatan KL yang meninggal dunia ketika lepas solat Asar.
Imam tersebut meghembus nafasnya yang terakhir sebaik sahaja selesai memberi salam yang pertama.
Subhanallah! Matinya dalam keadaan yang amat murni. Murni di sini maksud saya, matinya bukan dalam keadaan berbuat maksiat pada Allah SWT. Mati ketika habis solat dan masih di atas tikar sejadah dan sedang beribadah!
Jenazahnya telah di bawa ke hospital X untuk urusan pemeriksaan rutin (medical check-up) dan urusan-urusan lain yang perlu untuk pengurusan pengkebumian.
Pihak hospital X telah memanggil ustaz M untuk urusan mandian jenazah. Maka bergegaslah ustaz M ke hospital untuk urusan tersebut sebab bagi beliau, jenazah yang hendak dimandikan ini begitu istimewa pada pandangannya, kerana roh si mati telah dicabut oleh malaikat Izrael ketika mana sedang mengimami solat!
Sebaik
sampai di hospital, ada sedikit masalah yang timbul. Pihak
hospital telah mendapati bahawa jenazah imam tersebut tidak
mempunyai sebarang pengenalan diri, dan pihak hospital atas
bantuan rakan-rakan jenazah mendapat tahu, jenazah imam ini
adalah meupakan orang luar. Maknanya seorang imigran, yang
bermastautin di negara kita.
Rentetan daripada kes ini, pihak hospital X terpaksalah menyimpan dahulu jenazah tersebut untuk beberapa hari bagi urusan dokumentasi dengan pihak berwajib sehinga selesai dan kemudian itu barulah segala urusan yang berkaitan pengebumian akan dilaksanakan. Yang pasti terkilannya sudah tentu ustaz M. Kerjanya sudah sedikit terbantut pada hari itu. Sebelum itu, hatinya sudah pun begitu berbunga untuk menguruskan jenazah imam yang dimuliakan Allah SWT ini. Tentu ada kelebihan tersendiri kenapa imam tersebut pengakhiran rohnya di atas tikar sejadah!
Maka, jenazah imam tersebut pun dimasukkanlah ke dalam 'freezer' (maaf, saya tak tahu apa istilah pembeku mayat ini) di dalam bilik mayat hospital X buat sementara waktu.
Lapan hari berlalu. Ustaz M dah mula nak melupakan pasal jenazah imam ini.
Tapi, dengan takdir Allah SWT, hari ke-9, telefon bimbit ustaz M berbunyi.
"Nampak macam no hospital nie", getus hati ustaz M.
"Hello, ustaz M ye?"... satu suara bertanya.
"Ya, ustaz M bercakap".
"Ustaz ingat lagi tak mayat imam yang meninggal masa solat Asar tempohari?", sang suara meminta kepastian.
"Imam...imam.
....yanng mana satu....ermm. .oh...ya. .ya..ingat. .ingat...
", ustaz M memberi kepastian dalam ingat-ingat lupanya.
"Dokumen dah siap, boleh ustaz datang sepital, uruskan tak?", beritahu sang suara ringkas.
"Ok..ok..., sekarang juga aku bergerak, setengah jam lagi aku sampai! ",
balas ustaz M.
balas ustaz M.
Lega
hati ustaz M. Dapat juga dia uruskan mayat tersebut setelah
beberapa hari 'pending'. Ingatkan dah tak jadi apa-apa dah.
Lama bebenor pihak hospital nak mengurus kan dokumennya.
Sampai
di hospital, ustaz M yang baru tiba diarahkan ke bilik mayat.
Di bilik mayat telah ada beberapa orang saksi di kalangan
pegawai hospital dan juga polis serta saksi-saksi lain
termasuk rakan-rakan jenazah imam tersebut. Semua saksi ini
diperlukan kerana inilah 'prosedur' yang telah ditetap oleh
pihak berwajib. Sebab jenazah dah berhari-hari di situ. Tambahan pula
jenazah orang luar.
Bismillahir
Rohmaanir Rohiim...... Dengan bersaksikan mata sekeliling
yang memandang, ustaz M menarik 'stretcher ' peti sejuk beku
mayat tersebut dengan perlahan-lahan. ..
Subhanallah!
Mayat imam ini masih lagi segar merah. Mayat ini juga
berpeluh! Macam mana simpan dalam peti ais berhari-hari boleh
berpeluh?
Korang
tak payah jawablerrr.. ..Seolah- olah imam ni baru aje
meninggal sebentar tadi. Mayatnya tidak keras dan tidak pula
membeku! Macam orang sedang tidur. Ustaz M kelu lidahnya.
Begitu juga orang di sekeliling.
Istimewa
sungguh mayat ini. Kalau daging mayat biasa dah lama mengeras
dan membeku. Masya-Allah! Sekali lagi perkara pelik
berlaku...terdapat pula pada dahi jenazah imam ini, tertera
satu kalimah tauhid iaitu perkataan "ALLAH"!
Semua
orang di sekitar dapat menyaksikan peristiwa ini. Tiada
perkataan lain yang keluar dari mulut mereka melainkan tasbih
memuji Allah SWT meniti di bibir masing-masing di atas apa
yang berlaku.
Semakin
bersemangatlah nampaknya ustaz M nak menguruskan jenazah
tersebut. Yerlah, siapa yang tak suka pada sesuatu yang molek
dan membahgiakan kan?....
Jenazah
imam itu dimandi, dikapan dan disembahyangkan dengan segera
sebagaimana biasa. Semua proses ini berjalan dengan lancar
tanpa sebarang masalah. Semuanya berjalan amat mudah. Allah
SWT telah pun memuliakan jenazah imam ini di dunia lagi atas
jasa-jasa dia yang Allah SWT sahaja yang mengetahuinya.
Mengikut
ustaz M lagi, lepas semua tu selesai, dia ada juga bertanya
pada rakan-rakan Allahyarham apa yang diamalkan oleh
Allahyarham semasa hidup sehingga mendapat pengiktirafan yang
begitu tinggi daripada Allah SWT masa kematiaanya.
Jawapan
yang didapati daripada rakan-rakannya ialah selain daripada
seorang yang berbudi pekerti mulia dan seorang imam yang baik,
amalan semasa hidupnya ialah tidak pernah tinggal bangun
malam dan bersolat tahajjud. Semua amalan ini dilakukkanya
secara istiqamah. Ditambah pula oleh amalan-amalan lain yang
tidak dapat dilihat oleh rakan-rakan arwah, yang mana hanya
Allah SWT sahaja Yang Maha Mengetahuinya.
MENINGGAL KETIKA BACA KHUTBAH JUMAAT
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Ustaz M pada kursus hari kedua telah bercerita tentang seorang imam yang meninggal ketika sedang membaca khutbah pada solat Jumaat.
Kursus
hari kedua ni bermula jam 9.15 pagi. Sebelum memulakan
kursus, ada jemaah yang kelihatan sedang mendaftar semula kat
meja pengelola, ada jemaah yang mundar mandir sambil menunggu
ketibaan Ustaz M, ada yang solat sunat Dhuha. Ada yang duduk2
berborak dan berkenalan antara satu lain dan ada yang nampak
berzikir. Maklumlah yang datang kursus ni bukannya sedikit.
Hampir 180 orang kesemuanya. Ustaz M cakap, inilah kursus pengurusan
jenazah yang paling ramai yang dia kendalikan. Sebelum ni, paling
ramai pun yang berkursus adalah dalam lingkungan 50 - 60
orang sahaja. Luar biasa ramainya, puji beliau.
Ustaz
memulakan kursus dengan sedikit ucapan alu-aluan. Kemudian,
dia ada menyentuh sikit tentang solat sunat Dhuna. Sebab
sebelum tu ramai juga jemaah yang solat sunat Dhuha. Solat
sunat Tahiyyatul-Masjid sudah pasti. Meneyentuh tentang solat
sunat dhuha ni, Ustaz M memulakan cerita.
Berlaku di sebuah masjid di selatan ibu Kota Kuala Lumpur. Masa tu, hari
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Jumaat. Solat JUmaat sudah dimulakan pabila bilal melaungkan azan dan
sejurus kemudian imam naik ke mimbar untuk mula membaca khutbah.
Imam
kali ini ialah seorang pemuda yang berusia 28 tahun. Muda
lagi. Dan sudah berkahwin. Jemaah di situ memang sudah arif
sangat dengan imam ini.
Imam
ini memulakan khutbahnya. Sampai pada perkataan, "Uusyikom
Bitaqawallah, Waihyaa..... ......... ......... .". Tiba-tiba
imam ini terdiam....
Semua
para jemaah diam (memang dengar khutbah kena diam pun) dan
hanya memerhati sahaja ke arah imam. Semua mata tertumpu
kepadanya.
Imam
masih lagi senyap. Matanya terpejam rapat. Tidak bergerak.
Suasana hening seketika. Kedengaran sekali sekala bunyi enjin
kenderaan motor keluar-masuk kawasan masjid menandakan ada
jemaah yang baru tiba. Mana yang tengah berwudhu' nampak tidak
berapa ambil pusing dengan apa yang sedang berlaku di atas
mimbar. Di satu sudut masjid pula, kelihatan jemaah yang tak
mendengar khutbah, leka mengunyah pisang emas dan pisang montel yang
disedekah oleh orang ramai. Ambil berkat gamaknya.
Tiba-tiba
tangan imam yang sedang memegang kayu mimbar, melurut ke
bawah, dan beliau pun jatuh terduduk di atas kerusi khatib.
Kepalanya terlentuk ke bawah. Makmum yang masih tergamam
dengan peristiwa ini, segera bangun untuk melihat apa yang
terjadi. Bilal menerpa ke arah imam dan ingin membantu serta
menolong jika sesuatu yang buruk berlaku kepada khatib.
Imam (khatib) dipapah turun dan diletak di hadapan para jemaaah di saf
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
hadapan. Setelah diperiksa oleh bilal, tiada perkataan lain yang boleh
diucapkan selepas itu melainkan, "Innalillahi wainna Ilaihi roojiuun..." .
Kembalinya
ke rahmatullah seorang imam yang amat berjasa pada masyarakat
setempat. ada makmu yang masih terkejut dengan peristiwa ini.
Ada juga yang menitiskan air mata tanda terharu. Hilang sudah
sebutir permata yang baru nak berkembang mekar. Hilang juga
satu cahaya yang menerangi alam yang fana ini.
Yang
uniknya kata ustaz M, sewaktu imam itu menghembuskan nafas
terakhirnya, jatuhnya betul-betul di atas kerusi yang berada
di belakangnya dan terus sahaja duduk. Tidak jatuh tersungkur
ke depan, dan tidak juga jatuh sama ada ke kiri atau ke kanan
mimbar. Elok sangat duduk atas kerusi khatib, sama seperti
beliau duduk sebelum memulakan bacaan khutbah tadi...dan pada masa
ini juga, dipercayai, imam tersebut telah pun meninggal
dunia....Jenazah pun dibawa balik untuk diuruskan...
Ustaz M pun dipanggil untuk menguruskan jenazah ini.
Sebaik
kain penutup mayat diselak untuk memulakan proses mandian
jenazah, ustaz M begitu terkejut bercampur terharu yang amat
sangat bila melihat beberapa kejadian mengkagumkan berlaku
pada mayat. Apa yang terharu dan peliknya?... .
Ya,
badannya jenazah itu amat berseri dan masih nampak kelihatan
darah masih mengalir lagi pada seluruh tubuhnya. Seolah-olah
jenazah ini masih hidup. Tidak mati gitu. Macam orang tidur
aje. Dan yang lebih mengkagumkan ustaz M lagi, keluarnya satu
haruman yang semerbak dari badan jenazah. Wangi sungguh! Tak
pernah ustaz M mencium bau wangian sebegini rupa selama dia
menguruskan jenazah lain sebelum ini! Hebat mayat ni, fikir ustaz
M...
Subhanallah!
Hati
ustaz M begitu melonjak girang untuk meneruskan memandikan
jenazah imam sehingga selesai. Hati kecilnya berdoa ;
"Ya Allah! Engkau Maha Mulia! Engkau telah memuliakan mayat ini, maka
muliakanlah ia sehingga aku selesai memandikannya. Aku begitu seronok
melihat jenazah dalam berkeaadan begini. Ya Allah...Ya Allah..Ya
Allah....... ......"

Rupanya-rupanya kemuliaan jenazah imam ini tidak berakhir di situ. Doa
ustaz M dimakbul Allah SWT. Menurut ustaz M lagi, sewaktu jenazah imam ini nak ditanam ke dalam liang lahad, sahabat-sahabat yang menggali kubur memberitahu, muncul pula pelbagai jenis bunga-bungaan yang datang entah dari mana, turut berada di dalamnya . Masa gali tadi takde. Elok aje mayat sampai, banyak pula munculnya. Cantik sungguh liang lahad dengan dihiasi bunga-bungaan tersebut, seolah-olah sedang meraikan dan menanti kedatangan bakal penghuni syurga!

SUBHANALLAH! SUBHANALLAH!
Tak
tau apa lagi nak cakap betapa Allah SWT telah pun meletakkan
hamba-Nya ini di maqam tertinggi dan dimuliakan Tambahan pula,
ianya sudah pun dipertontonkan pada umat Islam lain, agar
memahami dan menegerti bahawa inilah balasannya. pada orang
yang beramal soleh serta taat dan patuh pada perintah-Nya!
Sesungguhnya Allah itu tidak memungkiri janji-NYa!
Seperti
biasalah, ustaz M pasti tak akan puas hati kalau tak bertanya
pada isteri yang dimuliakan Allah imam tersebut tentang
apakah amalan si arwah pada masa hidup sehinggakan jenazahnya
mendapat pengikhtirafan sebegitu rupa sejak dari alam dunia
lagi.
Menurut
kata isteri arwah imam tersebut, sepanjang dia hidup
bersamalah, perkara yang dia perasan, amalan imam itu semasa
hayatnya kalaulah ia boleh dijadikan ukuran, ialah tidak
pernah meninggalkan solat sunat Dhuha dan solat sunat Witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Inilah amalan istiqamahnya. Setiap malam, sebelum arwah menutup dairi
kehidupannya hari itu dan tidur, pasti dia akan menunaikan solat witir.
Setiap hari, sehinggalah ke pengakhiran hayatnya, ditambah pula oleh
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
amalan-amalan lain yang dilakukan sebagai seorang yang menjawat jawatan sebagai seorang imam untuk kawasan tersebut.
Wallahua'lam.
"Sempurnakanlah
ajalku (ketika mati) dalam keadaan Islam" yang didoakan oleh
Nabi Yusuf dalam Surah Yusuf, ayat 101 yang berikut:
"Wahai
Tuhanku! Sesungguhnya Engkau telah mengurniakan daku
sebahagian dari kekuasaan (pemerintahan) dan mengajarku
sebahagian dari ilmu tafsiran mimpi. Wahai Tuhan yang
menciptakan langit dan bumi Engkau Penguasa dan Pelindungku di
dunia dan di akhirat; sempurnakanlah ajalku (ketika mati)
dalam keadaan Islam, dan hubungkanlah daku dengan orang-orang
yang soleh".
**Penulis memperpanjangkan artikel ini dari sahabat remajamasjid@yahoogroups.com utk bacaan bersama.
No comments:
Post a Comment